Jangan bimbang barang makanan basah lebih daripada mencukupi

0
239

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memberi jaminan bakalan barang makanan basah seperti sayur-sayuran lebih daripada mencukupi untuk menampung keperluan dalam negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, MOA bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa memantau bekalan makanan harian, seperti beras, buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, telur dan susu segar di seluruh negara.

“Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini.

Ismail Sabri berkata, semalam KPDNHEP telah membuat pemantaun harian 25 jenis bekalan di 1,133 pemeriksaan premis perniagaan termasuk 833 peruncit 268 pemborong dan 32 pengilang.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian bagi menyambut bulan Ramadan kerana ianya dijamin mencukupi,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here