‘Jangan dihina, kita kena bangkit’

0
1768

Susunan NORDEN MOHAMED

Siaran langsung Facebook
Moderator: Dr. Taha Omar
Panel: Pengasas Malakat Mall, Coach Mohd. Fadzil Hashim dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan (Toqqi).

DR. TAHA: Dalam pelbagai temubual samada di RTM, majalah Maskulin dan TV Hijrah, Coach berkata, kita tak akan hadapi kemelesetan jika kita kenalpasti peluang perniagaan yang berdaya maju pasca covid-19. Di antaranya ialah bisnes Virus Buster. Boleh terangkan lebih jelas mengenai perniagaan ini?

COACH FADZIL: Hari ini kita nak tawarkan kepada kawan-kawan untuk bersatu di bawah platform untuk ambil satu perniagaan yang sangat mudah. Kebetulannya, kami biasa membuat sanitasi di kampus-kampus kami secara berkala ataupun apabila terjadinya penyakit berjangkit seperti chicken pox. Kita lihat banyak sanitasi awam digerakkan oleh pihak kerajaan.

Mencari bisnes kos rendah

Kita lihat sangat mudah untuk wujudkan satu pelan perniagaan yang mana kos permulaannya sangat rendah, tetapi mempunyai potensi yang sangat tinggi terutamanya selepas tempoh PKP.

Sebagai seorang coach bisnes, saya membantu seramai mungkin pengguna Islam agar mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Saya bukan sekadar coach yang bagi pandangan dalam perniagaan, tetapi boleh bagi terus idea dan juga peluang bisnes.

Ada banyak program yang saya buat sejak membuka tadika Brainy Bunch di Kajang. Setelah tujuh tahun kita dapat bina sebuah sekolah antarabangsa di Cyberjaya yang merupakan pemangkin Raudhah City.

Vendor besar tak mahu buka bisnes di Malakat Mall 

Di Malakat Mall pula kita bina jenama-jenama lain. Cabaran awal kami ialah menghidupkan sebuah mall yang dah empat tahun mati. Ada yang petikaikan apakah ada orang hendak ke mall itu bila ia dibuka kelak.

Pada peringkat awal, tiada vendor-vendor besar yang hendak sertai. Yang ada hanya yang kecil-kecil. Jadi kami terpaksa wujudkan jenama-jenama sendiri untuk menghidupkan suasana mall itu.

Misi dan visi pada kebanyakan perniagaan yang kami bina tak lari jauh daripada hendak mencapai kebebasan kewangan. Bila terjadinya Covid-19 kita nampak ramai yang terperangkap dan tak tahu hendak buat apa walaupun ada modal.

Lihat sisi positif ruang dan peluang
Pada hari ini kita tumpukan pada bisnes yang mudah dilakukan. Bagi yang tidak biasa melakukan bisnes ini, mereka boleh sahaja mengambil pekerja. Bagi apa yang berlaku, jika kita lihat dari sisi yang positif, kita akan nampak peluang dan ruang.

Kita yakin semua manusia mampu dan berhak mencapai taraf bebas kewangan sekiranya bersedia untuk dilatih, dibimbing dan bertindak. Ramai yang boleh dilatih, tetapi berapa ramai yang boleh bertindak. Ini yang penting.

Bimbingan juga penting. Perniagaan yang bersendirian itu membosankan. Daripada lemah akan terus lemau. Sebab itulah saya sarankan kita bergerak secara berjemaah. Program yang kita buat ini ialah dengan membangkitkan sebuah jenama.

Ia bukannya francais yang memerlukan pelbagai fi. Bagaimanapun konsepnya ialah untuk menjana pendapatan sampingan di pelbagai peringkat masyarakat. Pendekatannya seperti sebuah francais, tetapi tiada bayaran untuk francais.

Golongan B40 pun boleh buka bisnes 

Keluarga dari B40 pun boleh menyertainya. Kita sedang berbincang dengan TEKUN Nasional untuk membantu dari segi pembiayaan sekiranya ada mereka yang tidak mempunyai modal permulaan sekitar RM5,000.

Sekiranya terdapat mereka dari M40 yang ingin mempelbagaikan bisnes, mereka boleh tambah satu lagi perniagaan. Selepas covid-19 ini akan ada banyak fasa pemulihan yang harus dilalui. Bila PKP ditamatkan, perkhidmatan sanitasi akan meletup.

Bisnes Virus Buster

Perniagaan Virus Buster ini hanya memerlukan modal permulaan dan risiko yang rendah. Cara menjalankannya pun mudah dengan masa yang fleksibel di luar waktu kerja dan akan diberi coaching tanpa had secara percuma. Kelasnya akan dibuat secara online.

Kita akan beri latihan teknikal yang sebenarnya mudah menurut SOP yang telah kita bangunkan. Kita jalankan khidmat sanitasi dan nyahkuman pejabat, kedai, rumah dan kilang. Kita akan juga sediakan peralatan lengkap.

Bisnes mendapat khidmat sokongan

Bimbingan yang kita beri melibatkan copywriting dan marketing. Mereka yang terpilih tidak perlu buat banyak. Hanya perlu copy, paste dan share menurut acuan operasi yang telah kita buatkan. Selain itu peserta akan diberi pengetahuan mengenai sistem pemasaran, peralatan pemasaran online, dan pemasaran berpusat.

Di antara saluran pendapatan yang akan diperoleh ialah projek Virus Buster itu sendiri. Kemudian boleh menjadi referral untuk peralatan Virus Buster. Segmen-segmen pasaran juga amat luas. Bagi setiap premis yang telah disanitasi, sebuah pelekat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Ini akan memberi kelegaan kepada pelanggan.

Kos dan caj perkhidmatan

Caj untuk perkhidmatan ini juga amat berpatutan melalui pakej A atau B yang mana caj untuk pakej A untuk kawasan kurang dari 2,000 kaki persegi ialah RM250 dan yang luasnya melebihi 4,000 kaki persegi, cajnya ialah RM500.

Secara simulasinya, jika sanitasi dapat dibuat untuk satu unit dalam satu hari dan dapat membuat sanitasi untuk 20 buah rumah, pendapatannya ialah RM250 X 20 = RM5,000. Maknanya dalam sebulan sahaja seseorang itu akan dapat return of investment.

Seandainya sanitasi dilakukan untuk tiga unit sehari, dalam sebulan sejumlah 60 unit dapat dilakukan. Jumlahnya ialah 60 X RM250=RM15,000.

Bagi pakej usahawan yang hanya RM5,000, dia akan memperoleh, 2 set mesin sanitasi, 5 set pakaian PPE, 500 tablet nyahkuman, program pemasaran dalam Instagram dan Facebook. Sesiapa yang berminat boleh terus mendaftar di https://bit.ly/BisnesVirusBuster

Tempatnya amat terhad. Jika tiada modal, kita boleh bantu untuk mendapat pembiayaan daripada Tekun.

DR. TAHA: Boleh Toqqi berikan sedikit maklumat mengenai perkembangan KoPPIM dari segi jumlah dana, ahli, projek dan seumpamanya.

TOQQI: Kita ada Virus Buster untuk kereta. Ia bertujuan untuk menyaring virus yang tidak semestinya virus Covid-19 sahaja malah lain-lain virus. Dengan adanya model perniagaan seperti yang dicadangkan oleh Coach Fadzil, ia membantu orang kita mendapat bimbingan.

Dengan cara ini, ia mengelak kesilapan yang dilakukan jika tiada bimbingan. Ada juga ketika bila tiada bimbingan, kesilapan yang dilakukannya tidak mahu diceritakan kepada orang. Ini akan memberi kesan kepada bisnes itu sendiri.

Pentingnya bisnes secara berjemah

Kita adalah satu kumpulan pengguna Islam yang perlu memainkan peranan. Contohnya untuk bisnes ini, dengan perancangan dan keikhlasan, banyak lagi yang kita boleh lakukan. Dahulu, kita buat banyak tetapi kita dapat sedikit. Kali ini walaupun kita buat sedikit, kita mungkin dapat berganda-ganda.

Dengan pertolongan Allah, walaupun dua tiga orang mungkin boleh menewaskan ratusan ribu. Kalau orang kita mencari orang kita sendiri untuk mendapatkan khidmat, maka kita akan berjaya. Tetapi kalau kita tidak ubah sikap, dengan mengambil dari pihak lain, apakah kita boleh berjaya dalam melaksanakan agenda kita?

ABC: Asnaf Business Centre

Saya telah berbincang dengan Coach untuk kita wujudkan ABC atau Asnaf Business Centre di Malakat Mall. Ini yang tidak pernah ada lagi. Ia menghimpun perniagaan asnaf-asnaf di seluruh Malaysia yang selama ini tidak dapat masuk ke supermarket.

Tetapi Coach ada team yang boleh buat reka bentuk dan promosi. Kita harap dengan cara ini kita dapat mempercepatkan perniagaan yang mungkin dahulu mengambil masa berpuluh tahun untuk maju.

Contohnya PPIM mengambil masa 23 tahun. Tetapi bila ada organisasi lain bersama kita, kita tidak perlukan masa 20 tahun, malah 10 tahun pun. Model ini ada dengan Brainy Bunch dan Malakat Mall. Dengan cara ini kita akhirnya dapat jadi pemilik bersama.

Kita kena cari kaedah untuk kita satukan. Hanya dengan kesatuan kita akan jadi luarbiasa. Kerja membawa kesedaran ini ke dalam hati kita supaya mempunyai keikhlasan. Dengan kesungguhan, Allah akan membantu.

Sokongan padu ahli KoPPIM

Kita perlu berdoa agar apa yang kita buat ini menurut perancangan. Setakat beberapa bulan ini, Toqqi lihat banyak kemajuan. Sebelum kita melancarkan pun kita ada 15,000 ahli. Itupun sebelum kita mulakan apa-apa kerana kita belum adakan mesyuarat agung tahunan (EGM).

Dalam masa yang singkat pun kita boleh mendapat ahli. Insya-Allah apabila kita buat, dengan barakah, ini tidak akan menjadi masalah. Apa yang kita perlu lakukan ialah dengan beristiqamah, bekerjasama untuk membela hak dan maruah kita.

Kita nampak betapa lemahnya kita sebelum ini. Nampak gayanya apa yang kita buat ini memberi impak yang membawa lembaran baharu kepada masyarakat kita. Inilah harapan baharu untuk kita mempunyai peluang terbaik mengembalikan hak dan maruah kita.

Allah telah beri Coach sebuah amanah yang berat. Toqqi amat senang hati kebelakangan ini. Apa yang Toqqi ada Toqqi akan beri kepada dia sebab menjadi tanggungjawabnya. Bagaimana pun kita hendak mereka di luar sana menjana ekonomi.

Jangan dihina. Kita kena bangkit

Kita hendak masyarakat kita jadi produktif. Jika seorang dapat kutip RM5,000 atau RM10,000 hasil perkhidmatan pencucian, kita akan ada sumber kewangan. Bagi penonton di luar sana, kita perlukan sumber kewangan. Dengan adanya wang, maka baharulah kita boleh bersedekah.

Kita perlu lihat kembali peranan setiap individu kita. Apa yang kita buat untuk menampakkan perubahan yang ketara dan sesegera mungkin. Cukup-cukuplah kita berada dalam keadaan yang hina. Kita kena bangkit. Jika tidak kita hanyut. Pilihan di tangan kita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here