Jangan panik, elak provokasi jika terserempak haiwan liar

0
142

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang menerima laporan kehadiran haiwan liar di kawasan berpenduduk baru-baru ini, menasihatkan orang ramai supaya tidak panik jika berhadapan situasi itu.

Pengarahnya, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof berkata, sekiranya terserempak dengan haiwan liar, orang ramai diminta supaya melaporkan segera kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.

“Kami akan hantar petugas untuk mengenal pasti dan membantu sekiranya wujud ancaman terhadap penduduk sekitar. Ada kemungkinan juga lokasi itu hanya menjadi laluan persinggahan haiwan liar berkenaan,” katanya seperti dipetik Bernama hari ini.

Beliau berkata, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) aktiviti manusia yang semakin berkurang secara tidak langsung mengurangkan ‘gangguan’ terhadap haiwan liar, menyebabkan ia ‘selesa’ untuk keluar mencari makanan memandangkan, habitatnya bersempadan dengan penempatan penduduk.

Semalam, tular dalam media sosial satu video berdurasi 21 saat memaparkan empat ekor gajah berkeliaran di sekitar kawasan Petron Kenyir di Hulu Terengganu yang dipercayai dirakam pekerja stesen minyak itu.

Dr. Abdul Malek mengesahkan pihaknya ada menerima laporan itu dan siasatan mendapati laluan itu sudah lama tidak digunakan oleh gajah liar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here