Jawi batalkan UPSRA tahun ini

0
146

CYBERJAYA – Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) dibawah kendalian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)  dibatalkan selaras pengumuman Kementerian Pendidikan (KPM) membatalkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (PT3) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini.

Pengarahnya, Mohd. Ajib Ismail berkata, pihaknya turut mengikut langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membatalkan pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang diadakan bermula 28 September hingga 1 Oktober itu. 

Menurut beliau, semua sesi persekolahan sekolah rendah agama (SRA), sekolah integrasi rendah Islam Jawi (Siraj) dan KAFA juga akan mengikut ketetapan KPM dan Jakim bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta guru terjamin.

“Pembatalan UPSRA tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid-murid kepada ilmu-ilmu diniyah yang diikuti bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6. 

“Kemenjadian murid-murid di dalam pendidikan ilmu-ilmu diniyah mampu dinilai melalui pelbagai kaedah. Justeru, bagi tujuan ini, Jawi akan menetapkan satu kaedah pentaksiran baharu bagi menggantikan ujian bertulis tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Jawi juga merakamkan penghargaan kepada semua guru yang telah mengambil pelbagai inisiatif dalam memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) tetap dilaksanakan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here