Pesakit Covid-19 mengamuk di hospital

0
383
Hospital Kanpur Lala Lajpat Rai di Kanpur, lokasi kejadian jemaah tabligh Covid-19 mengamuk.

KANPUR – Gara-gara tidak berpuas hati dengan hidangan disajikan pihak hospital, beberapa pesakit Covid-19 yang merupakan ahli jemaah tabligh India menimbulkan kekecohan di Hospital Kanpur Lala Lajpat Rai.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, sekumpulan pesakit dilaporkan menghalau kakitangan wad apabila makanan yang dihidangkan bukan makanan vegetarian.

Pentadbir hospital berkenaan, Dr. Arati Dave Lalchandani berkata, ekoran rasa tidak puas hati pesakit terhadap layanan pihak hospital, mereka telah melempar makanan ke lantai.

Sajian vegetarian bagi kumpulan tabligh kebiasaannya adalah roti dan mentega untuk sarapan pagi manakala untuk hidangan tengahari disajikan nasi, dhal, roti, sayur dan buah-buahan.

“Pada Sabtu lalu petugas telah ke wad isolasi Covid-19 untuk mengagihkan makanan tetapi hidangan itu telah ditolak.

“Mereka meminta supaya menu diubah setiap hari kerana sudah bosan dengan makanan yang sama,” katanya seperti dipetik IndiaToday.

Kumpulan tabligh berkenaan turut mengancam petugas berkenaan dan mengejar petugas sehingga pihak polis terpaksa dikerah setiap kali pengagihan makanan dilakukan.

Sentimen agama antara penganut Hindu dan Islam di India dilaporkan semakin tegang selepas beberapa pertubuhan Islam melaporkan beberapa hospital melakukan diskriminasi dan enggan memberi rawatan kepada pesakit Islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here