Jepun isytihar darurat

0
158
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengisytiharkan darurat di seluruh Jepun.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

TOKYO – Perdana Menteri Shinzo Abe memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Jepun dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Memetik laporan agensi berita Xinhua, sebelum ini, pada 7 April, Jepun mengisytiharkan darurat di tujuh daripada 47 wilayah di negara itu, termasuk Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka.

Pengisytiharan itu membolehkan dan memberi kuasa kepada gabenor wilayah berkenaan untuk mengambil langkah pencegahan lebih berkesan untuk mengekang penularan virus.

Bagaimanapun, gabenor di wilayah lain mahu darurat diperluaskan apabila virus itu sudah merebak ke kawasan lain.

Ada beberapa wilayah telah mengambil pendekatan sendiri dengan mengeluarkan perintah darurat lebih awal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here