‘Jika PKP ditamatkan, biar tamat sampai bila-bila’

0
276

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Sri Ismail Sabri berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ketiga yang berakhir hari ini namun pematuhan berterusan perlu dilakukan untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Menurutnya, jika PKP ditamatkan seharusnya  biar tamat sampai bila- bila.

“Tiada guna jika kita buka dua minggu tiba-tiba berlaku kenaikan mendadak dan sebagainya akhirnya rakyat terpaksa berdepan dengan kesukaran hidup.

“Banyak kelonggaran bakal dinikmati sekiranya semua mematuhi arahan,” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Dari segi pematuhan pula, jelasnya, kadang kala rakyat mengikut arahan dengan baik tetapi kadang-kadang lebih teruk dari hari sebelumnya.

“Sebelum ini terdapat penurunan angka 300 lebih kes tetapi meningkat ke 600 lebih secara tiba-tiba.

“Saya mahu mengingatkan rakyat supaya lebih baik disiplin dan bersusah hari ini dan senang di masa-masa hadapan,” katanya mengulas mengenai perbandingan kes PKP fasa pertama kedua dan ketiga itu.

Ismail berkata, yang menentukan PKP ditamatkan segera atau tidak adalah diri sendiri.

“Jika kita patuh arahan PKP jumlah kes dapat dikurangkan dan mungkin boleh ditamatkan lebih awal.

“Berlaku di beberapa negara mencatatkan penurunan dan menamatkan ‘lockdown’ namun tiba-tiba kes meningkat dengan mendadak akhirnya terpaksa  menutup lebih lama,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here