Kabinet batalkan kebenaran operasi kilang arak

0
94

PUTRAJAYA- Kerajaan sudah membatalkan kebenaran operasi sebuah kilang minuman keras sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

“Sehubungan itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengeluarkan surat pembatalan kepada kilang berkenaan dengan serta-merta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam sepucuk surat tular di media sosial yang didakwa dikeluarkan oleh sebuah kementerian yang memberi kebenaran kepada kilang terbabit beroperasi ketika PKP.

Bagaimanapun keputusan itu menimbulkan kontroversi dalam kalangan pengguna media sosial kerana menganggap minuman keras bukan makanan penting dalam tempoh PKP ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here