Tiga pegawai KPDNHEP melihat produk-produk Muslim yang dijual di pasar raya Raudhah Grocer di Malakat Mall, Raudhah City Cyberjaya hari ini.
RAUDHAH CITY – Produk-produk yang terdapat dalam pasar raya Raudhah Grocer di Malakat Mall di sini menarik perhatian pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ketika berkunjung ke situ hari ini.
Dalam hantaran akaun rasmi Facebook Malakat Mall sebentar tadi, pegawai-pegawai tersebut kagum dengan kemampuan usahawan Muslim dalam menghasilkan produk berkualiti.
“KPDNHEP sendiri kagum dengan keupayaan usahawan-usahawan Muslim dalam menghasilkan barangan berkualiti yang tidak nampak di pasaran sebelum ini.
“Ini adalah antara tujuan utama Malakat Mall dalam menyediakan platform kepada usahawan Muslim untuk menaikkan produk keluaran mereka,” katanya.
Tiga pegawai KPDNHEP melihat produk-produk Muslim yang dijual di pasar raya Raudhah Grocer di Malakat Mall, Raudhah City Cyberjaya hari ini.
Tambah kenyataan itu, Raudhah Grocer dan KPDNHEP sentiasa bekerjasama dalam memastikan mutu perkhidmatan dan kebajikan pengguna serta peniaga sentiasa terjaga.
“Semoga perjuangan ini sentiasa mendapat sokongan daripada semua pejuang yang mahu mengembalikan zaman kegemilangan ekonomi Islam demi mengembalikan hak dan maruah Muslim,” katanya. – MT