Kanak-kanak 11 tahun korban termuda Covid-19 Indonesia

0
194
Kakitangan kesihatan menyembur cecair membasmi kuman di tanah perkuburan di Jakarta selepas upacara pengebumian seorang mangsa COVID-19. – Foto AFP

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

JAKARTA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menjadi korban termuda jangkitan Covid-19 di Indonesia tatkala angka kematian di republik itu meningkat tiga kali ganda sejak seminggu lalu.

Memetik laporan agensi AFP, mangsa yang turut dijangkiti demam denggi, dimasukkan ke hospital di pulau Madura, di luar pesisir Jawa pada 19 Mac lalu.

Pegawai pasukan bertindak Covid-19 di Jawa Timur, Joni Wahyuhadi berkata, demamnya bertambah buruk dan mangsa meninggal dunia sehari selepas itu manakala ujian mendapati dia juga positif bagi coronavirus baharu.

“Sistem pertahanan badannya lemah, apatah lagi terpaksa melawan dua jangkitan sekali gus, menjadikan keadaannya bertambah buruk,” katanya.

Kadar kematian di akibat Covid-19 hari ini mencecah 157orang termasuk 11 doktor di barisan hadapan, berbanding 58 kes seminggu lalu manakala jangkitan bertambah lebih sekali ganda kepada 1,677 kes dalam tempoh sama.

Walaupun koronavirus baharu itu dianggap amat berbahaya bagi pesakit yang sudah berusia, semakin banyak kes maut membabitkan golongan muda sejak kebelakangan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here