Kasihanilah kluster ‘duduk rumah’ pula

0
114

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

TIDAK dinafikan ramai sungguh yang berkata duduklah di rumah, kasihanilah semua petugas barisan hadapan mereka terpaksa berkorban masa, keluarga malah diri mereka untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

Namun, apa yang berlaku nampak gayanya masih ramai lagi yang sebenarnya ‘ketegaq’ tidak sayang nyawa sendiri.

Kenapa penulis kata begitu? Kerana, ramai betul yang masih keluar lebih dari seorang dengan alasan ala… kedai di belakang rumah sahaja. Tidak kiralah sebelah ke atau depan rumah sekali pun, tolonglah patuh arahan pihak berkuasa.

Sebenarnya tak salah pun keluar mencari barang atau ‘ambil angin’ sekejap walaupun keluar atas tujuan mencari barang. Mengapa sampai perlu angkut dua tiga orang ahli keluarga lain.

Keluar seorang sahajakan lebih baik, bak kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar.

Penulis bukanlah marah tetapi bayangkan jika anda atau ahli keluarga masuk hospital waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, tak kira atas sebab penyakit apa sekali pun, memang menangislah nampak gayanya.

Tahu kan tiada siapa dibenarkan melawat atau menjaga pesakit di hospital waktu ini.

Duduklah sorang-sorang di wad sampai disuruh discaj, itu pun jika sembuh.

Terbaca dalam media sosial, di mana seorang isteri terpaksa berseorangan tanpa ditemani oleh suami di saat melahirkan anak.

Terbaca juga seorang wanita menjalani pembedahan serius tanpa ditemani seorang ahli keluarga pun.

Penulis baca juga kisah seorang anak tidak dapat menjaga arwah ibunya di hospital sebelum ibunya pergi buat selama-lamanya.

Fikirlah baik-baik, sedih kan?

Jadi janganlah ingat PKP fasa ketiga ini boleh berjalan-jalan makan angin.

Jika segerombolan lagi melanggar PKP tidak mustahil pelbagai kluster baharu dari ‘kayangan’ mana entah datang selepas ini.

Jangan sampai kita semua disuruh ‘mereput’ di rumah sehingga ‘diharamkan’ keluar. Hanya agensi bertanggungjawab sahaja  dibenarkan ketuk rumah kita hantar makanan.

‘Frontliner’ ketika itu pun tidak terdaya nak bantu, boleh tolong ‘tengok’ kita dari jauh.

Masa tu baharulah kita semua dipanggil kluster ‘duduk rumah’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here