Kedutaan asing jangan lepas tangan

0
99

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

PUTRAJAYA – Setiap kedutaan negara asing diminta memainkan peranan masing-masing dalam memastikan bantuan dapat disalurkan kepada rakyat mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, warga asing yang memerlukan juga tidak terkecuali daripada menerima bantuan.

“Semalam ada berita yang mengatakan pekerja Bangladesh tidak ada makanan. Kerajaan kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab, jadi sesiapa sahaja yang berada dalam negara pastinya akan dibantu.

“Kita telah setuju bahawa setiap kedutaan negara asing ini mesti mengambil tanggungjawab untuk memastikan rakyat mereka mendapat bantuan yang sewajarnya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan Malaysia akan membantu dari segi penyelarasan dalam menyalurkan bantuan diperlukan.

“Mereka (kedutaan) perlu melaporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) jika rakyat mereka menetap di daerah atau jika berada di Kuala Lumpur boleh menghubungi pusat pengurusan krisis (CMC) yang dikawal selia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Jadi isu yang berkaitan warga asing, pihak kedutaan perlu diambil tanggungjawab masing-masing dan kita akan membantu menyelaraskan apa yang mereka perlu lakukan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here