Keindahan Keukenhof tanpa kelibat manusia

0
276

CYBERJAYA – Taman Bunga Keukenhof di Belanda yang terkenal dengan tarikan tulip pelbagai warna merupakan antara taman bunga terbesar dan tercantik di dunia.

Namun keindahan ‘sebenar’ taman bunga itu amat jarang dinikmati kerana kebanjiran puluhan ribu pelawat setiap hari.

Taman yang dibuka hanya pada musim bunga itu pada kebanyakan masanya penuh sesak dengan manusia yang datang dari seluruh dunia.

Bagaimanapun taman yang menyajikan pemandangan lebih 7 juta jambangan bunga hidup itu telah ditutup ekoran penularan Covid-19.

Berita penutupan Keukenhof mungkin sesuatu yang menyedihkan pelawat namun memberi peluang terbaik kepada Albert Dros, seorang jurugambar tempatan untuk merakam keindahan taman bunga itu tanpa kelibat manusia.

Jurugambar yang mempunyai puluhan tahun pengalaman merakam keindahan pelbagai spesies bunga dan telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa itu merebut peluang dengan bekerjasama dengan pihak pengurusan Taman Keukenhof.

Albert berkata, persetujuan oleh pihak pengurusan taman merupakan khabar gembira yang dinanti-nanti sejak berkecimpung dalam bidang fotografi.

“Saya sering mengimpikan Keukenhof tanpa kehadiran manusia tapi saya tahu peluang merakam sesuatu seperti itu adalah satu perkara yang mustahil.

“Namun impian itu menjadi kenyataan dengan situasi sekarang. Siapa sangka Covid-19 mempunyai sisi-sisi yang baik untuk manusia,” katanya dipetik portal Petapixel.

Albert berkata, selain pengalaman merakam keindahan taman yang digelar Taman Eropah itu dari pelbagai sudut yang selama ini diidamkan, beliau menyifatkan peluang berseorangan di taman itu sesuatu yang cukup luar biasa.

“Lupakan soal fotografi seketika kerana apa yang dilalui saya di taman itu cukup menakjubkan. Menghirup udara segar, menikmati bau bunga, mendengar kicapan burung, deruan air dan angin di situ seolah berada di syurga.

“Saya telah merakamkan keindahan taman ini sebaik mungkin, cuma sedikit malang kerana kesegaran baunya tidak terakam bersama,” selorohnya. -MT

Albert Dros

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here