Kenapa cikgu pula kena kecam?

0
377

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

MENGAMBIL peluang bersama keluarga merupakan satu hikmah yang dapat diperoleh sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  ini.

Pendek kata, jika sesuatu aktiviti yang ingin dibuat bermanfaat kepada orang lain, maka jangan tunggu lagi, buatlah.

Dalam dunia yang penuh dengan membuat andaian terhadap orang lain hari ini jika hendak fikir apa orang lain kata, apa orang lain fikir, satu apa perkara pun tak boleh buat.

Penulis bukanlah emosional tetapi baru-baru ini media sosial penuh dengan luahan ibu bapa yang mengeluh kerja sekolah anak-anak mereka terlalu banyak termasuk menggunakan sistem tugasan dalam talian yang memerlukan mereka ‘print’.

Ya, tidak dinafikan, jika mereka dalam golongan keluarga yang susah, bukan sahaja kemudahan ‘printer’ tiada di rumah, capaian internet pun tidak mampu dilanggan.

Namun, tidak dinafikan sebagai contoh guru Matematik memberi tugasan, sudah pasti bukan semua ibu bapa boleh membantu anak mereka menyelesaikan tugasan yang diberi.

Dalam hal ini siapa kita hendak menegur guru A buat salah, bagi penulis biarlah guru itu memberi tugasan dalam bentuk apa pun.

Paling penting jika ibu bapa mempunyai masa terluang bantulah anak masing-masing. Belum pernah dengar seorang guru yang beri arahan tugasan itu wajib buat ya, siapa tak buat kena denda nanti. Tiada semua itu.

Apa salah cikgu sampai ramainya yang tak senang, ramai pula kecam guru ketika ini?

Berbalik pada PKP pula dalam media sosial juga terdapat guru-guru berpandangan jika PKP ditamatkan, biarlah sekolah ditutup sepanjang musim Covid-19, pun ada yang bising, sengaja kata cikgu ini saja nak ‘lajak’ cuti atau cuti lebih.

Sedangkan yang dewasa ini pun kita lihat susah hendak patuh PKP, bagaimana pula pelajar sekolah nanti?

Apapun tunggulah pengumuman kerajaan, biarlah virus jahat ini benar-benar reda baharulah biar anak-anak ini bersekolah.

Kita duduk ajelah diam-diam di rumah dahulu.

Belum lagi cerita bab ‘frontliner’ kena kecam?

Benar, Allah sebenarnya masih sayangkan hambanya apabila Dia hantar insan yang baik-baik ketika rakyat seluruh negara sedang diuji dengan Covid-19.

Perasan atau tidak Allah sebenarnya hantar barisan doktor dan petugas kesihatan yang cekal, ramai para alim ulamak yang pemurah yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit membantu mereka di ceruk kampung dan susah.

Belum termasuk karakter abang-abang polis, askar, dan bomba yang bertarung nyawa menyekat penularan Covid-19 di luar sana.

Tertarik dengan satu ayat dalam media sosial katanya konsep dia mudah je, kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua!

Ini bermakna, manusia boleh menentukan sama ada untuk gembira, menyayangi, disayangi, mendapat kesempurnaan atau sebaliknya.

Jika kita ambil negatif, maka negatiflah, tetapi sekiranya positif, maka positiflah jadinya, fikirlah baik-baik ye.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here