Keputusan hantar pulang ke kampung dibuat esok

0
701
Datuk Dr. Noraini Ahmad memeriksa barang yang akan dihantar kepada penuntut yang masih berada di kampus susulan perintah PKP

CYBERJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan meneliti kaedah terbaik untuk menghantar pulang pelajar yang masih berada di kampus ke rumah masing-masing.

Menurut Menterinya, Datuk Dr. Noraini Ahmad, langkah itu diambil susulan daripada pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Perkara ini akan di bawa ke Mesyuarat Khas Menteri mengenai Covid-19 esok pagi.

“Sebaiknya, saya mahu anak-anak pelajar bukan sahaja dapat pulang ke rumah tetapi pulang dalam keadaan sihat dan selamat,” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Perdana Menteri menerusi perutusa khas beliau petang tadi telah mengumumkan tempoh PKD dilanjutkan sehingga 28 April ini bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Dalam pada itu, beberapa pihak termasuk Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan mengutus surat terbuka kepada Menteri Pengajian Tinggi untuk mempertimbangkan keputusan untuk menghantar pulang penuntut yang masih berada di kampus dan kawasan sekitarnya pulang. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here