Kerajaan nafi tiada kesepakatan harga di pusat kuarantin bertaraf hotel

0
156
Fox lite Hotel di Cyberjaya antara hotel dipilih sebagai pusat kuarantin

CYBERJAYA – Kerajaan menafikan khabar angin kononnya tiada kesepakatan antara pihaknya dan hotel dalam menentukan kadar sewa tempat tinggal sepanjang tempoh kuarantin dilakukan di hotel yang telah diwartakan sebagai pusat kuarantin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berita tersebut adalah tidak benar dan kerajaan telah mencapai persetujuan dengan semua hotel yang dijadikan pusat kuarantin itu.

“Berita itu tidak benar seperti saya sebut sebelum ini hotel yang berdaftar sebagai pusat kuarantin kita sudah capai persetujuan bahawa kadar sewa termasuk makanan dan minum ialah RM150 sahaja.

“Ini sudah dipersetujui tidak timbul lagi soal caj tambahan dan lain-lain,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Mengulas lanjut, mengemai kritikan banyak pihak mengenai penginapan berbeza-beza disediakan, katanya, kerajaan sentiasa mengutamakan keselesaan kepada setiap rakyat meskipun terpaksa menjalani proses kuarantin.

“Ada yang cakap kerajaan bayar RM150 tetapi mendapat hotel berbeza-beza, kita sudah tetapkan senarai hotel-hotel ini dan kita akan penuhkan hotel ni satu persatu mengikut siapa sampai dahulu.

“Berkenaan hotel lima bintang pula mereka akan tanggung kos lebihan. Kalau tidak berpuas hati macam makanan tak sedap dan sebagainya mereka boleh mengadu terus kepada pengurusan hotel, bukan dalam media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, setakat ini sebanyak 127 pusat kuarantin termasuk 12 hotel telah diwartakan kerajaan.

Katanya, sehingga semalam juga sebanyak 8,153 rakyat Malaysia sedang menjalani proses kuarantin.

“Semalam juga sebanyak 697 orang telah pulang ke Malaysia dan daripada jumlah itu 18 orang telah dihantar ke hospital kerana menunjukkan gejala seperti batuk dan demam manakala yang lain dikuarantin wajib,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here