Kerajaan Selangor pantau PKPD Selayang Baru

0
204

CYBERJAYA – Kerajaan negeri Selangor bersetuju dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selayang Baru.

Memetik portal Malaysia Gazette, Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shaari berkata, atas pelaksanaan itu, kerajaan negeri akan turut membendung penularan wabak itu di Selayang Baru.

“Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Daerah Gombak dan Majlis Perbandaran Selayang akan memantau keadaan semasa terutama aspek bekalan makanan buat penduduk,” katanya di Twitter, hari ini.

Amiruddin berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor akan melaksanakan ujian Covid-19 kepada semua penduduk di zon-zon tersebut pada kadar segera bagi tujuan mengenal pasti individu-individu yang positif Covid-19.

“Kerajaan Negeri Selangor melalui Bilik Gerakan Covid-19 Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah Gombak serta Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan menyelaras dan memantau pelaksanaan PKDP ini khususnya dari aspek pengurusan bekalan makanan kepada 2,500 penduduk yang terlibat dan terkesan dari pelaksanaan PKPD tersebut,” katanya.

Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketujuh di Selayang Baru, Gombak dilaksanakan berkuatkuasa hari ini sehingga 3 Mei depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perlaksanaan PKPD yang melibatkan enam parcel itu bertujuan membendung jangkitan Covid-19 setelah mengambil kira kebarangkalian jangkitan di Pasar Harian Kuala Lumpur dan Pasar Borong Kuala Lumpur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here