Kerana Ramadan itu datang sekali dalam setahun

0
153
Ramadan akan tiba tidak lama lagi.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

Tanpa kita sedar, bulan ramadan akan tiba tidak lama lagi. Mungkin kurang dalam dua minggu.

Ya, betul Ramadan kita akan bermula dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dan selepas  itu, nasib kita masih belum diketahui hanya Allah sahaja mengetahui apa yang akan berlaku di hari-hari mendatang.

Pastinya tahun ini, tiada solat tarawkih secara berjemaah di surau-surau mahupun masjid selain tiada bazar ramadan mahupun tiada bufet ramadan yang dilihat sebagai simbolik kepada ‘kemeriahan’ bulan mulia itu.

Jika difikirkan semula, mungkin ada hikmah, manfaat serta pengajarannya buat diri kita.

Sejak kecil lagi, kita sering dipesan bahawa bulan ramadan itu melatih kita untuk mengawal nafsu, bersabar, bersederhana namun apa yang kita buat lebih kepada berlebih-lebihan sehingga membawa kepada pembaziran.

Di bazar ramadan, pelbagai jenis makanan dijual, kita sebagai pembeli bagaikan ‘kebulur’ dengan membeli segala juadah namun sebenarnya kita hanya menjamah sedikit makanan dan akhirnya berlaku pembaziran apabila membuang baki makanan dengan sia-sia.

Apabila perut sudah kenyang sehingga untuk bangun mendirikan solat wajib sudah tidak larat apatah lagi mahu menunaikan solat tarawikh secara berjemaah.

Bagi penulis ini adalah masa kita untuk membuka mata dan minda secara seluas-luasnya betapa besarnya kesilapan kita sejak bertahun-tahun lalu.

Mungkin ini yang Allah nak ajar kita untuk silap kita  dengan berbuka puasa dengan juadah seadanya.

Jika mungkin tahun-tahun lalu terlepas solat tarawih secara sendirian mahupun berjemaah, sekurang-kurangnya kita ada masa untuk ibadah itu di rumah.

Maka himpunkan seisi keluarga yang sebumbung untuk solat wajib dan tarawih secara berjemaah. Itu mungkin lebih indah. 

Jom kita sama-sama perbaiki diri, sucikan hati kerana bulan ramadan itu datang hanya sekali.

Jika dulu kita terlepas untuk dapatkan segala kebaikan bulan Ramadhan, tahun ini jangan kita lepaskan. 

Tahun akan datang belum tahu lagi masih ada atau tidak peluang dan kesempatan.  – MBNews.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here