Kes harian Covid-19 terendah sejak PKP

0
114

CYBERJAYA – Sebanyak 31 kes harian Covid-19 dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari tadi menjadikan catatan kes terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini, jumlah kes harian terus menunjukkan trend penurunan dan kadang kala mendatar.

Beliau berkata, pencapaian itu adalah hasil daripada tindakan proaktif dan agresif kerajaan dalam aktiviti membendung penularan Covid-19 sepanjang tempoh sebelum dan semasa PKP itu.

“Ini dapat memastikan fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) dapat menampung bilangan pesakit Covid-19 di Malaysia, termasuk kapasiti Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kapasiti penggunaan mesin bantuan pernafasan di hospital.

“PKP juga membantu mengurangkan interaksi antara masyarakat dan mengurangkan kebolehjangkitan Covid-19,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 hari ini.

Sementara itu, katanya, KKM menjangkakan kes baharu Covid-19 berjaya mencapai satu angka menjelang pertengahan bulan depan.

Dr. Noor Hisham berkata, unjuran itu dibuat berdasarkan pola pertambahan kes baharu Covid-19 yang kini memasuki fasa pemulihan dan hanya merekodkan dua angka, sejak beberapa hari lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here