Kes import punca kenaikan Covid-19

0
235

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Terdapat 94 kes baharu yang telah dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,945 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 72 kes adalah kes import melibatkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang dari Indonesia.

Menurutnya, ini bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 22 kes sahaja.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,758 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Sehingga kini, seramai 40 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 18 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan,
tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19.

Jelasnya, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 kekal sebanyak
100 kes.

“Pada masa sama 55 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,087 kes,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here