Kes penipuan penjualan topeng muka mencecah RM4.2 juta

0
121

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius terhadal kes-kes penipuan penjualan topeng muka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, modus operandi mereka dilakukan dalam media sosial dan secara bersemuka.

Menurutnya, kerugian akibat penipuan itu dianggarkan mencecah RM 4.2 juta.

“PDRM akan mengambil tindakan tegas dan meminta orang awam supaya berwaspada.

“Pembeli perlulah membuat semakan akaun bank penjual dahulu sebelum membuat pembayaran menerusi portal semakmula jabatan siasatan jenayah komersial atau status penjualan dalam talian di laman web www.biztrust.ssm.com.my,” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Ismail Sabri memohon pengguna tidak mudah percaya kepada tawaran-tawaran murah topeng muka dan peralatan-peralatan lain yang dijual sepanjang PKP.

Katanya, sebelum pembelian semak dahulu dengan portal semakmula dan laman web berkenaan bagi mengelakan sebarang kemungkinan berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here