Kisah caj COD

0
228

CAKCIBOR berasa terpanggil nak komen tentang satu paparan di media sosial, tentang perkongsian seorang individu mengenai pengalaman beliau dalam satu urusan jual beli kuih-muih.

Mungkin ramai yang sudah mengetahui apa yang terjadi, namun bagi yang tidak, Cakcibor ringkaskan, 33 order bahan makanan yang dipesan dan dialamatkan pada satu alamat yang sama namun dikenakan caj penghantaran secara berasingan.

Jadi, jika caj Cash On Delivery (COD) yang dikenakan adalah RM3, maka jumlah yang dikenakan adalah RM99.

Setelah membaca perkongsian individu tersebut dengan mendalam, dan mengikuti paparan berkaitan yang seterusnya, Cakcibor simpulkan puncanya hanyalah salah faham pada pihak penjual.

Alhamdulillah, sama-sama berlapang dada dan ‘overcharge’ ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sifat menghormati hak merupakan antara nilai tertinggi dalam seseorang individu.

Dalam kes ini, si penjual memahami dan menghormati hak si pembeli dan memulangkan baki yang terlebih bayar.

Para pembeli, sebolehnya, tidak mahu menutup terus ruang buat si peniaga, dalam erti kata lain, ‘tidak mahu tabur pasir dalam periuk’.

Apapun, Cakcibor sanjung tinggi sifat berlapang dada dalam isu ini. Selesaikan masalah dengan cara baik.

Sendiri mau ingat lah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here