KKM kaji keberkesanan terowong sanitasi

0
148

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan sedang mengkaji keberkesanan terowong sanitasi yang telah digunakan beberapa negara untuk menyahkuman dan virus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya sudah mengenal pasti Pusat Kajian Klinikal (CRC) dan Kajian Klinikal Malaysia (CRM) untuk mengkaji terowong tersebut kerana belum terdapat sebarang bukti saintifik keberkesanannya.

“Setakat ini memang tidak ada bukti saintifik atau klinikal yang menyatakan terowong ini berkesan.

“Kajian itu sedang dilaksanakan dan berharap kita akan mendapat data. Setakat ini kita tidak ada bukti kukuh untuk mengatakan ia berkesan,” katanya pada sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Dr. Noor Hisham ditanya oleh pemberita berhubung penggunaan terowong sanitasi di Turki dan China di tempat awam.

Sebelum ini terdapat laporan beberapa bandar raya di China memasang terowong nyah kuman menyembur cecair berkenaan yang dikatakan mampu membunuh sehingga 99 peratus virus.

Bagaimanapun, laporan sama menyebut pakar kesihatan tidak yakin dengan keberkesanannya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here