KKM kesan kluster baharu pelajar dari Indonesia

0
149

CYBERJAYA – Sebuah kluster baharu telah dikesan di pintu masuk antarabangsa iaitu di mana kes positif dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pulang daripada Indonesia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes berkenaan dikesan dalam kalangan pelajar yang pulang dari Temboro melalui KLIA pada 16 April lalu.

Beliau berkata, kluster ini terdiri daripada 43 pelajar dan kawasan Temboro merupakan salah satu tempat yang telah diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia.

“Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 34 orang telah dikuarantin di Melaka dan sembilan orang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Ini menunjukkan tindakan kerajaan mengambil langkah untuk kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah tepat.

“Langkah ini bagi memastikan kes import tidak menjangkiti penduduk Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here