KKM mula guna kit ujian dari Korea Selatan kesan jangkitan Covid-19

0
204

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggunakan kit pengesanan pantas antigen baharu dari Korea Selatan yang terbukti dapat menghasilkan ujian Covid-19 dengan lebih tepat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, alat itu membolehkan pegawai kesihatan menentukan siapa yang positif untuk Covid-19 dengan lebih cepat berbanding perlu menunggu hasil ujian sampel di 43 makmal seluruh negara.

Beliau berkata, kit ujian dikanali sebagai Standard Q Bio-Censor itu mempunyai keupayaan 84.4 peratus untuk mengesan wabak tersebut.

Menurutnya, kit ujian itu merupakan berita baik kepada KKM kerana sampel daripada kelompok sasaran tidak perlu lagi dihantar ke makmal.

“Kami telah membuat pesanan untuk alat ujian cepat antigen ini.

“Mudah-mudahan, selewat-lewatnya minggu depan selepas mendapatkan kit kita akan dapat lakukan ujian dengan lebih pantas,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here