KKM nafi makmal ujian di Sarawak tidak berfungsi

0
74
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menolak dakwaan makmal ujian Covid-19 di hospital umum Sarawak tidak berfungsi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang makluman mengenai kegagalan makmal ujian Covid-19 berfungsi di Sarawak.

Katanya terdapat tiga makmal ujian Covid-19 di Sarawak iaitu di hospital umum, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Sibu selain dua lagi kemudahan dijangka dibuka di negeri itu.

“Kalau makmal ada masalah, kita akan gunakan sumber luar di makmal swasta,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, kluster eksekutif adalah kluster UDA Holdings, membabitkan lebih 120 kes dengan jangkitannya dikenal pasti berlaku sebelum kluster tabligh.

Katanya, kluster berkenaan dianggap sudah selesai selepas tiada jangkitan baharu dan semua kes yang dirawat di hospital sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari wad.

“Malah, sembilan daripada kes kluster ini sudah tampil menderma darah mereka untuk kajian plasma dengan tiga daripadanya sudah menjalani prosedur berkenaan lebih daripada sekali,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here