KKM pertimbangan saringan Covid-19 secara rawak di kawasan zon merah

0
119

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melakukan ujian saringan Covid-19 secara rawak terutama di kawasan zon merah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana mereka yang terdedah kepada risiko di kawasan setempat.

Beliau berkata, sekiranya terdedah kepada virus di kawasan setempat contohnya di kawasan zon merah, dalam masa seminggu akan terbina menerusi antibodi IGM dan IGG.

” Kalau nak tengok berapa banyak individu di zon merah telah dijangkiti namun belum dikesan, kajian ini merupakan satu kaedah yang baik.

“Kita akan gunakan kit ujian yang cepat hanya memerlukan setitis darah untuk mengukur IGG atau IGM,”katanya.

Bagaimanapun katanya, ujian tersebut bukan diagnosis dan ia hanyalah untuk menguji jangkitan penularan penularan dalam kalangan komuniti.

“Apa yang penting kita perlu kerjasama daripada semua penduduk dan perlukan kerjasama erat dengan Klinik Kesihatan setempat untuk mendapatkan data dan bilangan untuk tindakan sewajarnya,” jelasnya.

Beliau mengulas kenyataan Pakar virologi, Prof. Dr. Sazaly Abu Bakar, seperti dilaporkan sebuah portal berita sebelum ini menyarankan Kementerian Kesihatan melakukan ujian saringan secara rawak di seluruh negara untuk mengetahui kadar jangkitan Covid-19 dalam komuniti.

Katanya, kadar jangkitan dalam komuniti boleh diukur menerusi saringan bagi mengesan antibodi terhadap sejumlah orang awam secara rawak dari seluruh negara.

Menerusi pengesanan itu, Sazaly berkata, KKM dapat mengetahui peratusan individu positif Covid-19 dalam komuniti, namun tidak bergejala serta kemungkinan ia berjangkit semula selepas PKP ditamatkan.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here