KKM saran sukarelawan sertai pasukan bantuan kesihatan, perubatan Covid-19

0
220

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan dan mereka yang ingin berkhidmat dengan KKM untuk tampil menyertai pasukan bantuan kesihatan dan perubatan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, buat masa ini terdapat keseluruhan 2,359 orang sukarelawan yang telah menawarkan diri daripada pelbagai kategori.

Menurutnya, ia terdiri daripada 65 orang pakar perubatan pelbagai bidang, 159 orang pegawai perubatan, 909 orang jururawat, 220 orang juruteknologi makmal perubatan, 704 orang penolong pegawai perubatan.

“Selain itu, 106 orang juru X-ray; 56 orang fisioterapi; 70 orang pegawai sains (mikrobiologi); tujuh orang oegawai farmasi; 44 orang penolong pegawai farmasi; 11 orang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan; dua orang pegawai psikologi; dan enam orang kaunselor

“KKM sangat menghargai perkhidmatan sukarelawan kesihatan dan
perubatan dari pelbagai peringkat dan profession dalam menangani penularan kejadian Covid-19 di Malaysia,” katanya dalam Sidang Akhbar Situasi Terkini Covid-19 di Malaysia hari ini.

Noor Hisham berkata, dalam masa yang sama, KKM sedang dalam perbincangan dengan agensi pusat untuk segera memperhalusi mekanisma lantikan secara kontrak bagi pengamal profession perubatan yang berhasrat untuk berkhidmat dengan KKM dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 ini.

Katanya, pihaknya akan melihat kepakaran sukarelawan tersebut dan menempatkan mereka berhampiran tempat tinggal mereka.

“Sebagai contoh kita lihat ada peningkatan kes terhadap pesakit Covid-19 ini, jadi kita mengalu-alukan jika ada kepakaran bius atau pakar bius yang sudah bersara dapat berkhidmat dengan KKM,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here