KKM selesaikan penghantaran PPE minggu ini

0
127

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) berdepan masalah mengagihkan peralatan perlindungan peribadi (PPE) ke hospital dan klinik yang memerlukan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya tidak berdepan masalah kekurangan PPE, sebaliknya hanya masalah penghantaran.

“Pada mulanya kita memang kekurangan tetapi masalah itu sudah selesai. Masalah sekarang adalah penghantaran ke hospital dan klinik yang memerlukan.

“Kita sedang berusaha memastikan masalah ini dapat diatasi secepat mungkin iaitu dalam minggu ini terutama untuk menghantar bekalan tersebut khususnya di Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here