
Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) terbuka dengan idea-idea terkini yang dikemukakan kepada kementerian itu dalam menangani penularan Covid-19.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya akan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menjalankan pelbagai usaha pihak tertentu membantu proses nyah kuman dan pembersihan bagi tujuan itu.
Menurutnya, kementerian akan melihat garis panduan sebelum pihaknya boleh meluluskan dan menerima pakai idea-idea yang baharu.
“Aktiviti-aktiviti itu perlu menggunakan pelbagai kepakaran, bukan sahaja dengan agensi KPKT tetapi agensi lain.
“Sudah tiba masanya kita menggunakan idea- idea inovatif bagaimana hendak melaksanakan amalan yang boleh diketengahkan ideanya,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Mengulas mengenai contoh amalan pada setiap tahun seperti bazar Ramadan yang ditimbulkan semalam, Dr. Noor Hisham menjelaskan, mungkin pihaknga mempunyai ‘guidance principle’ yang perlu dipatuhi.
“Bagaimana kita boleh laksanakan e-bazar Ramadan, pembelian dalam talian bazar Ramadan atau ‘Drive Thru’ bazar Ramadan.
“Bagaimanapun, apa yang diharapkan penjarakan selamat dapat terus dikekalkan,” katanya.