KKM terima lebih 300 panggilan, 3,000 mesej mengenai kaunseling

0
126

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

PUTRAJAYA – Lebih 300 panggilan telefon dan 3,000 mesej menerusi aplikasi whatsApp berkenaan kaunseling berkaitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, apabila melihat kepada kaunseling secara kumulatif sejak  28 Mac hingga senalam sebanyak 2,309 panggilan telefon dan 252 mesej ‘whatsApp’ telah diterima oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, bagaimanapun hari ini sehingga pukul 4.30 petang tadi terdapat pertambahan sebanyak 150 panggilan dan lebih 1,000 mesej diterima.

“Kita lihat terdapat tiga isu yang diutarakan termasuk memohon sokongan emosi dan kaunseling untuk mereka menghadapi PKP 1, PKP 2 dan PKP 3 nanti.

“Kedua, bantuan keperluan dan sumbangan dan ketiga adalah maklumat lanjut mengenai Covid-19,” katanya.

Beliau menjelaskan, tiga perkara itu merupakan isu utama yang perlu KKM lihat selepas mendapat pelbagai pertanyaan orang ramai daripada sesi kaunseling kepada kementeriannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here