KKM tidak keluarkan nama pesakit Covid-19

0
147

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

PUTRAJAYA  – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mengeluarkan nama pesakit tetapi hanya data mengenai pesakit sahaja.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebagai contoh hari ini pihaknya mengeluarkan data makluman mengenai kematian tanpa menyebut nama.

Menurutnya, hanya nombor kes pesakit sahaja dimaklumkan dan pihaknya tidak membenarkan mana -mana pihak mengeluarkan nama atau identiti peribadi pesakit.

Mengulas mengenai warga Malaysia yang bekerja di Singapura pula, pihaknya telah menjalankan perbincangan bersama dan berharap warga Malaysia yang bekerja di sana kekal duduk di republik itu untuk tempoh dua minggu lagi.

Jelas Dr. Noor Hisham, pihaknya sedang berbincang dengan Singapura sama ada majikan mereka akan mengekalkan mereka di sana untuk tempoh dua minggu atau tidak.

“Manakala mereka yang hendak kembali semula ke Malaysia bagaimanapun akan disaring. Apabila mereka disaring kita akan ambil tindakan seterusnya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here