‘Kluster’ baharu menjengkelkan

0
972

CYBERJAYA – Doktor petugas di barisan hadapan mengendalikan pesakit Covid-19 mengecam sikap ‘menjengkelkan’ segelintir rakyat negara ini yang dikuarantin di hotel-hotel di ibu kota selepas pulang dari luar negara.

Dr. Mohd. Afiq melalui hantaran Facebook miliknya menyifatkan kumpulan atau ‘kluster’ pelancong Turki atau dari luar negara itu sebagai terlalu banyak ragam dan mementingkan diri.

“Kluster baharu yang menjengkelkan.. Kadang-kadang terasa macam kita ini lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid (wabak) itu,” katanya dalam hantara yang dikongsi lebih 20,000 pengikutnya hari ini.

Selain banyak ragam dakwanya, sebahagian daripada kumpulan tersebut juga membuat pelbagai permintaan dan tidak memberi kerjasama yang baik.

“Bila nak hantar ke wad macam wad kusta atau pun institut latihan, mereka ini ‘demand’ tak nak pergi sebab panasl ah, tidak selesa dan macam-macam lagi.

“Itu tak termasuk yang persoal kenapa nak ambil darah lah, kenapa tak ambil ‘swab’ awal lah dan bila kita masuk untuk periksa mereka masing-masing sibuk dengan gajet,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya, persepsi itu tidak melibatkan semua kerana ada juga memberi kerjasama yang baik.

“Bukan semua macam itu terutama yang berada di luar negara atas urusan tak dapat dielakkan seperti belajar. Tapi setakat ini yang dapat (kuarantin) sebab pergi melancong ini memang sangat menjengkelkan,” katanya.

Mohd. Afiq berkata, pengalaman mengendalikan kumpulan kuarantin itu berbeza dengan kumpulan tabligh yang jauh lebih menyejukkan hati petugas barisan hadapan.

“Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Mereka sangat mudah memberikan kerjasama.

“Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut,” katanya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here