Kompaun ingkar PKP mungkin dinaikkan

0
156
Gambar hiasan pelaksanaan PKP di seluruh negara.

CYBERJAYA – Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menaikkan jumlah kompaun sebanyak RM1,000 yang dikenakan kepada pesalah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, perbincangan akan diadakan dengan Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji keperluan menaikkan jumlah denda tersebut.

“Ada kemungkinan jumlah tangkapan yang masih ramai ini disebabkan jumlah kompaun yang terlalu rendah. Di Singapura misalnya, kesalahan (ingkar) pertama dikenakan SGD10,000 (RM30,200), manakala kesalahan kedua adalah SGD20,000 (RM70,000).

“Di Korea Selatan, kesalahan pertama adalah sebanyak RM35,000. Jadi jika dilihat hukuman ini nilainya besar, manakala Malaysia ditetapkan hanya RM1,000,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Katanya, setakat ini pesalah yang ingkar arahan PKP dikenakan kompaun sebanyak RM1,000, jauh lebih rendah berbanding negara lain.

“Mungkin kita akan minta KKM berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk menaikkan lagi kadar kompaun dan mungkin menambah hukuman penjara,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here