Kopi Cap Dua Daun dapat sambutan musim PKP

0
242

CYBERJAYA- Produk Kopi Cap Dua Daun mendapat permintaan yang amat menggalakkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan negara ini.

Pengurus Operasi Zon Tengah & Selatan Kopi Cap Dua Daun, Anwar Ridhawi Abdul berkata, sepanjang tempoh itu lebih 50,000 paket kopi telah dijual melalui pelbagai medium.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan permintaan terhadap Kopi Cap Dua Daun akan meningkat menjelang bulan Ramadan kerana aktiviti sedekah oleh pelbagai pihak.

“Alhamdulillah… Pada mulanya kami menjangkakan jualan dan permintaan kopi semasa PKP jatuh teruk, tetapi jangkaan kami meleset sama sekali.

“Jualan di kedai-kedai runcit dan pasar raya masih seperti biasa dan ada yang meningkat naik disebabkan oleh promosi yang berterusan terhadap produk kami.

“Selain itu, terdapat juga permintaan kopi disebabkan untuk aktiviti sumbangan untuk mereka memerlukan,” katanya ketika dihubungi Malakat Tribune hari ini.

Menurut Anwar Ridhawi, Raudhah Grocer di Malakat Mall juga sudah dua kali membuat pesanan sejak ia dibuka , sekali gus membuktikan produk ini mendapat sambutan.

“Kami akan terus giat mempromosikan kopi cap dua daun ini agar ianya dikenali ramai akan keenakan dan keharuman kopi O kampung sebenar,” katanya.

Sementara itu katanya, dalam soal pergerakan penghantaran produk, kilang telah menyediakan surat lantikan bagi memudahkan pemandu menunjukkn kepada pihak berkuasa.

“Setakat ini Alhamdulillah tiada masalah dengan sekatan jalan raya kerana kita membawa produk di bawah akta makanan dan minuman serta dibenarkan beroperasi,” katanya.

Dalam pada itu katanya, jika mana-mana pihak yang mahukan Kopi Cap Dua Daun untuk sumbangan, pihaknya menyediakan paket 180 gram dengan harga berpatutan.

“Jika mahu membuat sumbangan, kami sediakan kopi jenis ini pada harga yang berpatutan. Mereka yang berminat boleh hubungi 017-6880907 atau 012-6688090,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here