KoPPIM bantu tingkatkan syer pasaran runcit Muslim

0
274

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA -Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) merupakan platform yang sangat penting dalam usaha meningkatkan syer pasaran runcit umat Islam di negara ini.

Melalui perkongsian akaun rasmi Facebook KoPPIM, dana ahli koperasi itu sangat penting terutama dalam keadaan ekonomi hari ini.

Menurutnya, ia adalah peluang keemasan untuk projek kebal kesan Covid-19 iaitu Raudhah Grocer untuk berkembang secepat mungkin.

“Mereka yang mempunyai kemampuan lebih, bolehlah menghulurkan sumbangkan lebih sebanyak mungkin.

“Ia sebagai peluang kita peroleh keuntungan tinggi daripada sasaran dividen lapan peratus ke 15 peratus KoPPIM,” kongsinya.

Dalam masa sama, pihak KoPPIM mengharapkan ia dapat membantu projek membina ekosistem ekonomi Muslim.

Sarannya, bagi yang belum mempunyai kemampuan yang banyak, diharapkan dapat menyumbangkan semampu yang ada.

“Saat ini sangat penting kerana semakin banyak kekuatan dana yang KoPPIM ada, semakin cepat dan pantas Raudhah Grocer dapat berkembang,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim turut berkongsi pandangan bahawa dalam Malakat Mall mempunyai pelbagai jenis kedai.

Tetapi katanya, yang paling penting ialah pembekalan makanan dan kerana itu Raudhah Grocer tiba-tiba menjadi sangat penting dalam ekosistem hari ini.

“Kerana itu kita terpaksa mengambil alih pasaran khususnya perbekalan makanan asas melalui Raudhah Grocer.

“Inilah ibrah yang kami dapat daripada aspek usahawan dan juga pengguna. Dalam perjuangan yang kita mulakan melalui gerak kerja KoPPIM adalah untuk menjadikan pengguna sebagai pemilik ekonomi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here