Korban termuda Covid-19 di UK disemadikan tanpa ahli keluarga

0
346
Keranda yang membawa Ismail Mohamed dibawa oleh empat orang yang berpakaian keselamatan lengkap untuk dikebumikan

LONDON – Seorang pesakit termuda di United Kingdom (UK) yang meninggal dunia akibat Covid-19 selamat disemadikan di sebuah tapak perkuburan Islam di Kemnal Park, Chislehurst, semalam.

Bagaimanapun, proses pengebumian Ismail Mohamed Abdulwahab, 13, tidak dihadiri oleh ahli keluarganya termasuk enam beradiknya yang lain selepas turut dijangkiti wabak tersebut.

Memetik laporan The Guardian, keranda yang membawa Ismail dibawa oleh empat orang lelaki yang lengkap berpakaian perlindungan peribadi termasuk topeng muka.

Menurut seorang rakan kepada keluarga tersebut yang dikenali sebagai Mark Stephenson, dua orang ahli keluarga allahyarham turut menunjukkan gejala dijangkiti wabak tersebut dengan mengalami demam panas dan hilang deria rasa sehingga perlu dikuarantin.

Ismail yang berasal dari Brixton, selatan London meninggal dunia tanpa ada ahli keluarganya yang lain di sisi ketika menerima rawatan di Hospital King College pada Isnin lalu.

Allahyarham sebelum ini disahkan positif Covid-19 sejak Jumaat minggu lalu dan dimasukkan ke hospital sehari selepas itu.

Solat jenazah yang ditunaikan untuk allahyarham

Berikutan itu, seluruh ahli keluarga allahyarham termasuk ibunya terpaksa dikuarantinkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here