Korea nafi kematian Kim Jong Un

0
175
Kim Jon Un

KOREA UTARA – Di sebalik khabar angin kematian Kim Jong Un yang tersebar sejak beberapa hari, pemimpin tertinggi negara itu dilapor menyampaikan mesej supaya usaha membangunkan zon pelancongan tempatan dipertingkatkan.

Laporan media Korea Selatan memetik surat khabar utama di Korea Utara, Rodong Sinmun yang mengatakan bahawa Kim Jong Un telah mengeluarkan arahan itu kepada para pekerja.

“Pemimpin tertinggi Kim Jong-Un telah menyampaikan penghargaannya kepada para pekerja yang mengabdikan diri dalam membina zon pelancongan Wonsan-Kalma,” kata Rodong Sinmun.

Sementara itu, The Korea Herald, stesen penyiaran pusat Korea juga dilaporkan menyiarkan berita yang serupa.

Berita yang seolah-olah menangkis khabar angin kematian Kim Jong Un itu turut menunjukkan kereta api Kim Jong Un diparkir di hartanahnya di Wonsan yang terletak di pantai timur negara itu.

Gambar satelit juga mengesahkan berita bahawa Kim Jong Un tidak berada di ibu negara Pyongyang.

Berita terkini dari media Korea Utara pula memberitahu media Amerika Syarikat bahawa Kim Jong Un masih hidup dan menafikan berita kematian pemimpin itu.

Bercakap kepada CNN, pegawai Korea Selatan menegaskan bahawa
Kim Jong Un kini tinggal di daerah Wonsan sejak 13 April lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here