KPKT laksana 171 sanitasi awam di 12 negeri

0
146

CYBERJAYA – Kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) semalam telah melakukan 171 operasi sanitasi awam meliputi 51 zon di 12 negeri termasuk 43 di Johor dan 39 di Kuala Lumpur.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, operasi itu turut membabitkan operasi nyah cemar di 773 bangunan kerajaan; 496 tempat awam, 422 pusat perniagaan dan 100 pasar raya.

“Semalam sebanyak 4 Program Perumahan Rakyat (PPR) dinyah cemar menjadikan jumlah keseluruhan PPR yang dinyah cemar adalah 34 PPR melibatkan 34,295 unit rumah,” katanya selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, jumlah operasi keseluruhan sanitasi awam dilakukan sejak 30 Mac lalu, adalah sebanyak 1,125 di 83 zon termasuk 24 zon merah dan zon kuning (15).

Sementara itu Ismail berkata, sehingga 9 April 2020 sebanyak 146 pusat kuarantin telah beroperasi di seluruh negara membabitkan tindakan kuarantin sebanyak 10,310 individu.

“Ada tambahan pusat kuarantin. Sebanyak 10,328 individu telah menjalani kuarantin wajib manakala semalam sebanyak 612 rakyat telah pulang ke tanah air dan dikuarantin,” katanya.

Ismail Sabri Yaakob

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here