Kurangkan kontak rapat dengan haiwan elak Covid-19

0
178

Oleh SITI AZIELAH WAHI

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menasihati orang ramai untuk mengelakkan kontak rapat dengan haiwan termasuk haiwan peliharaan bagi mengelakkan wabak Covid-19 daripada merebak.

Dr. Noor Hisham berkata, ini kerana jika haiwan dijangkiti, ada kemungkinan ia dapat menyebar ke manusia.

“Kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan melindungi diri kita,” katanya ketika ditanya sama ada Kementerian Kesihatan akan membuat saringan ke atas haiwan.

Beliau menjelaskan, terdapat tujuh virus yang boleh menjangkau haiwan dan manusia antaranya sindrom pernafasan akut teruk (SARS), Mers- CoV dan juga Covid-19.

“Individu yang positif Covid-19 disaran membawa haiwan berkenaan ke pusat Veterinar untuk melakukan saringan.

Biar doktor (veterinar) melakukan ujian kepada haiwan berkenaan,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 hari ini.

Ini susulan satu laporan bahawa Harimau Malaya betina berusia empat tahun di Zoo Bronx di Amerika Syarikat (AS) telah diuji positif virus Covid-19.

Harimau bernama Nadia itu adalah kes pertama haiwan yang dijangkiti Covid-19 di AS.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here