Laman web LHDN, KWSP sesak, sikap positif warga maya dipuji

0
293

CYBERJAYA – Permohonan Bantuan Prihatin Nasional dan pengeluaran caruman akaun dua menyebabkan dua laman web iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kesesakan luar biasa hari ini.

Tinjauan Malakat Tribune mendapati orang ramai mengambil peluang untuk membuat semakan kelulusan Bantuan Sara Hidup (BSH) dan permohonan Bantuan Prihatin Nasional masing-masing dalam laman web LHDN.

Bagi laman web KWSP pula, mereka mengambil peluang memohon kemudahan pengeluaran caruman akaun dua berkuatkuasa hari ini.

Rata-rata warga maya meninggalkan komen positif dalam akaun rasmi Facebook LHDN yang meminta semua pihak bersabar dengan keadaan semasa.

Antaranya, Rossyeila Rashyid, yang meminta semua bersabar kerana puluhan ribu rakyat Malaysia sedang mengakses laman web berkenaan.

“Ya Allah…Sabar semua, kalau berpuluh ribu rakyat Malaysia akses web itu pada masa sama tidak mustahil ‘system down’. Sabar la,” katanya.

Sementara itu, Ridwanz Ridz pula berkata, perkara itu berlaku apabila ‘tentera bawang Malaysia’ menyerbu laman web LHDN maka terjadi ‘system down’.

Jeffry Phoenix pula meminta semua pihak bertenang dan menyarankan agar orang ramai menggunakan komputer riba atau komputer untu lebih efisyen.

“Cuba korang bayangkan…pintu kecil kena serbu ramai-ramai, sesak tak? mestilah sesak… sama juga dengan laman web saudara saudari sekalian.

“Bertenang… Insya-Allah, semua boleh memohon, cuma bawa bersabar… kalau boleh pakai komputer atau komputer riba, cepat sikit urusan,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here