Lanjut PKP satu keputusan tepat

0
103

CYBERJAYA- Keputusan kerajaan melanjutkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi fasa keempat adalah langkah tepat bagi terus memerangai pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu memberi ruang kepada usaha memerangi penularan Covid-19 secara habis-habisan.

Dengan tempoh PKP dilanjutkan itu katanya, Kementerian Kesihatan dapat meneruskan tindakan sedia ada, serta menggiatkan lagi usaha mengurangkan kes positif di Malaysia.

“Sepanjang tempoh pelaksanaan PKP fasa ketiga ini, kita telah melihat trend jumlah kes baharu Covid-19 yang lebih terkawal tanpa kenaikan yang mendadak.

“Situasi ini membantu kapasiti kementerian sama ada di lapangan atau di hospital untuk terus mengenal pasti, menyaring, mengasingkan dan merawat kes-kes Covid-19.

“Justeru itu, kementerian menyambut baik pengumuman pelanjutan dua minggu lagi tempoh PKP sehingga 12 Mei,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, pihaknya dapat melaksanakan tindakan dengan lebih berkesan dengan bantuan PKP dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Sebagai contoh, PKPD di lapan kawasan setakat ini telah dapat mengenalpasti sebanyak 618 kes positif Covid-19 atau 10.9 peratus daripada keseluruhan kes di negara ini,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here