Lapan pakar perubatan dari China negatif Covid-19

0
112

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan lapan pakar perubatan dari China yang tiba negara ini telah menjalani saringan Covid-19 dan didapati negatif.

“Swab telah dilaksanakan dan didapati negatif. Kita masih memantau dari segi pergerakan mereka yang juga dikawal oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Jika ada dalam kalangan mereka memiliki gejala, kita akan terus masukkan ke pesakit dalam siasatan (PUI) tapi setakat ini mereka tak ada gejala dan juga tidak ada kontak rapat dengan kes yang positif,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Terdahulu dilaporkan seramai lapan pakar perubatan dari China telah tiba di negara ini bagi membantu Malaysian memerangi Covid-19.

Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian berkata, ketibaan pakar perubatan itu adalah melambangkan hubungan baik antara dua negara.

Menurutnya, perbincangan lanjut mengenai Covid-19 antara KKM dan kumpulan pakar itu dari segi beberapa kajian dan tindakan yang dijalankan.

“Kita juga dapati, bukan hanya perbincangan yang positif malah kita juga belajar langkah-langkah pencegahan yang mereka jalankan serta pengalaman mereka mereka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here