Lebih 45,000 korban Covid-19 di AS

0
96

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Amerika Syarikat (AS) mencatatkan peningkatan angka korban akibat Covid-19 sebanyak 45,000 orang semalam.

Angka tersebut merupakan peningkatan dua kali ganda dalam masa seminggu, menurut statistik dikeluarkan Agensi.

Setakat ini, AS mencatatkan angka tertinggi bagi kes positif Covid-19, iaitu melebihi 810,000 orang.

Dengan angka itu ia empat kali ganda lebih tinggi daripada Sepanyol yang kini berada di tangga kedua tertinggi.

Memetik laporan Berita Harian yang memetik Agensi, secara global, lebih 2.5 juta kes Covid-19 direkodkan sehingga semalam.

Tiga negeri di AS iaitu New Jersey, Pennsylvania dan Michigan masing-masing mencatatkan kes paling tinggi membabitkan kematian Covid -19 semalam iaitu jumlah keseluruhannya melebihi 800 orang.

Di New York yang juga pusat wabak itu bermula di AS setakat ini mencatatkan 481 kematian baharu.

Bagaimanapun, kes Covid -19 baharu di negara itu dilaporkan agak perlahan pada minggu ini, peningkatannya kurang daripada 30,000 kes bagi empat hari sehingga semalam.

AS merekodkan kes baharu sebanyak 35,392 kes pada 4 April.

Agensi turut melaksanakan undian sejak semalam bagi melihat reaksi masyarakat sama ada perlu diteruskan perintah berkurung atau sebaliknya.

Kebanyakan penduduk di Amerika bersetuju langkah terbaik untuk melindungi kesihatan awam adalah dengan kekal berada di rumah.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here