Lebih RM4.25 juta tanggung warga asing jalani saringan Covid-19

0
209

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) membelanjakan antara RM200 hingga RM300 bagi seorang warga asing untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Adullah berkata, setakat ini sebanyak 21,271 warga asing telah menjalani proses saringan tersebut.

“Daripada jumlah ini sebanyak 811 warga asing positif Covid-19 iaitu bersamaan 3.8 peratus. Daripada jumlah itu 376 orang masih dalam rawatan dan 431 lagi telah sembuh.

“Sementara itu terdapat empat kematian melibatkan warga asing,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sehingga kini berapa ramai warga asing yang telah disaring dan berapakah kos yang ditanggung kerajaan.

Dr. Noor Hisham berkata, kos tersebut berdasarkan kadar RM300 untuk seorang dan sekiranya dilakukan untuk jumlah yang ramai kos tersebut boleh berkurangan sekitar RM200 hingga RM300 untuk seorang.

Sementara itu, berdasarkan kiraan kos bagi seorang warga asing menjalani saringan ialah RM200, jumlah keseluruhan bagi 21,271 warga asing yang sudah disaring mencecah RM4.25 juta.

Jumlah tersebut berkemungkinan lebih tinggi sekiranya kos bagi satu ujian saringan ialah RM300 untuk seorang warga asing.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here