LHDN beri perkhidmatan terbaik sepanjang PKP

0
1386

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) menerima bilangan panggilan telefon, e-mel dan permohonan dalam talian yang tinggi terutama berkaitan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan operasi percukaian.

LHDNM menerusi kenyataannya berkata, walaupun berhadapan kekangan yang tidak dapat dielakkan, sebagai sebuah agensi yang komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Tambah kenyataan itu, setiap permohonan dan pertanyaan yang diterima akan disusuli sebaik mungkin serta diambil tindakan sewajarnya. 

“Justeru, sebarang kelewatan dalam memberikan maklum balas (jika ada) dan segala kesulitan yang timbul di pihak pelanggan amatlah dikesali,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu kenyataan itu berkata, premis-premis LHDNM kecuali Pusat Khidmat Hasil dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) telah beroperasi dengan menawarkan perkhidmatan yang terhad sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambah kenyataan itu, bagi kaunter khidmat pelanggan akan bermula pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang manakala kaunter duti setem bermula pukul 8.00 pagi  hingga 12.00 tengah hari dengan kedua-duanya berdasarkan hari bekerja di setiap negeri.

“Bagi Kaunter Pusat Bayaran LHDNM di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

“LHDNM memaklumkan beberapa perkhidmatan kaunter seperti e-Filing, Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Geran Khas Prihatin (GKP) tidak disediakan,” kata kenyataan itu. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here