LHDNM nafi keluarkan surat mohon bayaran cukai tertunggak

0
667

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) tidak pernah mengeluarkan surat memohon bayaran baki cukai tertunggak atas keuntungan pelaburan saham di salah sebuah syarikat pelaburan.

Dalam satu kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan, surat mohon bayaran cukai keuntungan pelaburan sebagaimana yang ditularkan sebelum ini adalah palsu.

“LHDNM menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan mengesahkan dahulu dengan pihak LHDNM sekiranya menerima sebarang e-mel atau surat yang meragukan berkaitan agensi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata kenyataan itu, sebagai memberikan kemudahan kepada orang ramai, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000.

Selain itu mereka boleh membuat pertanyaan melalui borang maklum balas di portal rasmi LHDNM https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/  dan media sosial rasmi agensi tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here