Lima pekerja McDonald’s Singapura disahkan positif Covid-19

0
163
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – McDonald’s Singapura hari ini mengumumkan lima pekerjanya disahkan positif Covid-19.

Lima pekerja itu bekerja di empat cawangan berbeza iaitu dua bekerja di McDonald’s Lido dan tiga lagi masing-masing bekerja di Forum Galleria, Parklane dan Geylang East Central.

“Kami memandang serius perkara ini dan mengawasinya dengan teliti dan kami memberikan sokongan dan bantuan kepada pekerja yang terjejas untuk membantu pemulihan mereka,” kata Pengarah Urusan McDonald’s Singapura Kenneth Chan, dalam satu kenyataan di petik Bernama hari ini.

Beliau berkata semua pekerja di empat cawangan restoran itu telah diasingkan dan diminta menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

McDonald’s Singapura berkata pekerja yang terjejas itu kini menjalani rawatan di fasiliti perubatan.

Kenyataan itu juga berkata sejajar dengan garis panduan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan, kesemua empat restoran itu telah dinyahjangkit dan ditutup sehingga notis selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here