Lorong tikus dikawal ketat elak pencerohonan warga asing

0
267
Gambar Hiasan

CYBERJAYA- Kerajaan sentiasa mengawasi pintu masuk sempadan terutamanya jalan-jalan tikus yang digunakan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk memasuki negara ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini, tiada pencerobohan dikesan dan kawalan dipertingkatkan bagi memastikan orang luar tidak menceroboh ke negara ini.

“Tiada pencerobohan warga asing dikesan di pintu sempadan negara melalui ‘lorong tikus’ sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setakat ini.

“Sempadan negara sentiasa dikawal ketat oleh pasukan keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem).

“Ramai yang melahirkan kebimbangan mengenai kawalan kita di sempadan terutama di ‘jalan tikus’,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, sempadan negara sudah ditutup daripada kemasukan semua warga asing dan ‘jalan tikus’ juga sentiasa dipantau untuk memastikan tiada warga asing menyeludup masuk.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana warga asing yang masuk melalui ‘jalan tikus’ ini,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Kerajaan juga mengawasi kawasan perairan negara bagi mencegah pencerobohan bot nelayan negara asing.

“Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan mengambil tindakan tegas untuk menghalang dan mengusir sebarang pencerobohon kawasan perairan negara,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here