Mahu dapatkan produk Muslim, Raudhah Grocer Express dibuka di Shah Alam

0
803

Oleh NORDEN MOHAMED

SHAH ALAM – Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Raudhah Grocer masih mengembangkan sayapnya. Dengan dwi-peranannya sebagai kedai runcit merangkap sebagai pusat bantuan kebajikan, Raudhah Grocer ini dinamakan Raudhah Grocer Express atau RGX. Sebagai pejuang ‘Buy Muslim First’ atau BMF, lebih 80 peratus produk-produknya adalah produk keluaran syarikat Muslim.

Premis RGX yang bertempat di Seksyen 24 di sini ini dimiliki oleh Multiracial Reverted Muslims (MRM) yang dipimpin oleh Bro Firdaus Wong Wai Hung. Bagi MRM, ini adalah satu lagi cabang ekonomi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Menurut Bro Firdaus, “Sebagai sebuah premis perniagaan, para pelanggan boleh sahaja mendapatkan barang keperluan mereka dengan cara datang sendiri atau memesannya secara online. Penghantaran akan dibuat dalam masa 48 jam.”

RGX turut memainkan peranannya sebagai pusat pengedaran bantuan asas kepada asnaf dan B40. Di sepanjang Ramadhan ini, RGX akan mengedarkan 200 pek iftar kepada para petugas barisan hadapan serta masyarakat sekeliling yang memerlukannya.

Ini selari dengan tujuan kami membuka Raudhah Grocer Xpress iaitu kebajikan untuk semua.
Ia juga bersesuaian dengan hadis Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan Baihaqi; Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

Katanya lagi, “Jika kalau terdapat kenalan di sekitar Shah Alam yang memerlukan pek iftar, sila hubungi kami di 013-3052925 dan kami akan usaha untuk aturkan agar sahabat semua mendapat bantuan. Doakan agar segala usaha kita dirahmati dan diterima oleh ALLAH SWT. Allahuma Ameen.”

Bro Firdaus turut menyatakan mengenai konsep jualbeli di RGX. Katanya, “Setiap pelanggan yang berurusniaga dengan RGX bukan sahaja menjadi pembeli. Malah sebahagian daripada keuntungan RGX akan disalur kembali menjadi sumbangan kepada aktiviti dakwah dan kebajikan kami.”

Inilah konsep muamalat yang diketengahkan oleh RGX melalui MRM ini. Dalam pada itu, anda yang semata-mata ingin menyumbang boleh sahaja menghulurkan sedekah ke nombor akaun Maybank 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor).
Mari kita sama-sama berdoa dan membantu RGX anjuran MRM ini meskipun hanya dengan ‘like’, komen dan kongsi. – MBN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here